Skuad lelaki negara rangkul kejuaraan BATC 2022

Iklan
Tze Yong. - Foto Badminton Association of Malaysia

SKUAD badminton lelaki negara mencipta satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena badminton negara apabila ditabalkan juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menewaskan Indonesia 3-0, di sini pada Ahad.

Lebih manis lagi, kejuaraan tersebut menyaksikan Malaysia berjaya melunaskan dendam dua tahun lalu apabila sekali lagi berdepan Indonesia tahun ini

Iklan
Iklan

Pada perlawanan tersebut, Malaysia bermula cemerlang apabila juara Seluruh England 2020, Lee Zii Jia mempamerkan aksi terbaik menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun pada perlawanan kedua, sedikit mencemaskan peminat badminton negara apabila tumbang set pertama 17-21 kepada Leo Rolly-Daniel Marthin.

Iklan

Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bangkit daripada kekalahan pada set pertama memenangi set seterusnya, 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua buat Malaysia.

Ng Tze Yong yang turun sebagai perseorangan ketiga nyata tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata kemenangan Malaysia pada kejohanan itu.

Iklan

Pemain berusia 21 tahun itu, menoktahkan kemenangan Malaysia apabila menumbangkan Ikhsan Rumbay dengan kemenangan straightset 21-14, 21-15.