Covid-19: Semua daerah di Negeri Sembilan ditakrif zon merah

Iklan
Kesemua tujuh daerah di Negeri Sembilan kini ditakrif sebagai zon merah Covid-19 kecuali beberapa mukim berada di zon kuning dan jingga. - Foto FB Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (Gambar kecil: Veerapan)

SEREMBAN - Kesemua tujuh daerah di Negeri Sembilan kini ditakrif sebagai zon merah Covid-19 kecuali beberapa mukim berada di zon kuning dan jingga.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ia melibatkan 38 mukim yang merekodkan jumlah kes Covid-19 melebihi 41 kes.

Iklan
Iklan

"Antara mukim yang terlibat adalah Labu, Ampangan,Rompin, Serting Ilir, Jimah dan Port Dickson. Selain itu, sebanyak lima mukim mencatatkan antara satu hingga 26 kes dikategorikan sebagai zon jingga antaranya Chengkau, Pilin dan Sri Menanti.

"Sebanyak 15 mukim berada di zon kuning antaranya Hulu Klawang, Kenaboi, dan Selemak manakala tiga mukim lagi masih berada di zon hijau (tiada kes) iaitu Legung Ulu, Langkap dan Parit Tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Veerapan berkata, sehingga jam 12 tengah hari Ahad, terdapat 690 kes baharu Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 134,082 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 sebanyak 1,349.

Iklan

"Pertambahan 690 kes baharu hari ini melibatkan dalam negara. Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Lorong Rashidah Utama di Seremban.

"Ini menjadikan terdapat 32 kluster tempatan yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan,D atuk Seri Aminuddin Harun dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, negeri ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 yang sangat signifikan dan ia dikenal pasti berpunca daripada pelbagai kluster, kontak rapat dan kes sporadik.

Aminuddin turut memaklumkan kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) dan Stesen Kuarantin (QS) di Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang stabil dan mencukupi bagi berdepan gelombang penularan Covid-19.