Pentas terapung untuk persembahan sempena sambutan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 sedang giat dilakukan ketika tinjauan Bernama di Jambatan Darul Hana berhampiran Tebingan Sungai Kuching, hari ini.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak akan menganjurkan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 selama empat hari bermula pada 24 Februari ini di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Iklan
Iklan
Program itu bertujuan mendekatkan masyarakat umum khususnya yang berada di Sarawak dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia.
Ia juga bertujuan mempromosi Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori gastronomi - World Craft City.
Antara aktiviti program ialah Festival Gendang Sarawak, Festival Kraf Sarawak, Peragaan Busana Kraf Tekstil Malaysia, Pameran Gastronomi, Treasure Hunt, Konsert Sape dan Persembahan Bunga Api dan Muzikal Water Fountain. - Foto Bernama