PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim dan 42 buah sekolah berdekatan adalah stabil.
Menurut kenyataan JAS, pemantauan terhadap kesemua sekolah di sekitar Pasir Gudang itu diteruskan hari ini.
Iklan
Iklan
"Keputusan pemantauan didapati stabil. Sebanyak 42 buah sekolah telah dipantau oleh 30 pasukan pemantau dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di kawasan sekitar Pasir Gudang pada jam 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang dan 6 petang semalam.
"Secara keseluruhannya, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim dan 42 buah sekolah berdekatan adalah stabil," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Namun begitu, pemantauan dilakukan oleh pasukan terdiri daripada anggota JAS dan Jabatan Kimia Malaysia itu akan tetap diteruskan dan data akan diterbitkan dari semasa ke semasa.