PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Bawah 23 AFF di Phnom Penh, Kemboja, esok.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM tidak meletak harapan besar, kerana pasukan yang dihantar ke kejohanan tersebut bukannya pasukan terbaik negara, sebaliknya mereka adalah skuad pelapis yang dihantar untuk mendapat pendedahan.