Manchester United lepasi ranjau Leeds United

Iklan
Maguire meledak jaringan pembukaan untuk Manchester United di Elland Road.

MANCHESTER United memperkukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Leeds United 4-2 di Elland Road pada Ahad.

Kemenangan ke-13 menyaksikan The Red Devils mengumpul 46 mata - empat mata mengatasi pesaing terdekat West Ham United di tangga kelima selepas kedua-dua mengharungi 26 perlawanan.

Iklan
Iklan

Keputusan itu juga membolehkan skuad kendalian pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick mengekori rapat kelab tangga ketiga, Chelsea yang mengumpul 50 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

Tampil dengan misi meneruskan rentak kemenangan ke atas Brighton sebelum ini, pelawat mendahului babak pertama 2-0 hasil jaringan kapten The Red Devils, Harry Maguire (34') dan Bruno Fernandes (50').

Iklan

Babak kedua Marcelo Bielsa memperkemaskan corak permainan tuan rumah kembali mengejutkan pelawat menerusi gol jaringan Rodrigo Moreno (53') dan Raphinha (54') untuk kedudukan 2-2.

Kebangkitan mendadak tuan rumah menyebabkan Rangnick melakukan peraturan taktikal apabila memasukkan Fred dan Anthony Elanga untuk menambah sengat bahagian depan Manchester United.

Iklan

Perubahan taktikal Rangnick ternyata membuahkan hasil apabila Fred dan Elanga masing-masing meledak satu gol di 70' dan 88' untuk tiga mata dibawa pulang The Red Devils.