Sukar dapat bekalan kit ujian kendiri Covid-19

Iklan
Bekalan kit ujian kendiri Covid-19 di farmasi terhad sejak Tahun Baharu Cina.

SHAH ALAM - Orang ramai sukar untuk mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran sejak peningkatan kes wabak tersebut selepas Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa buah farmasi di Kota Kemuning, Seksyen 32, di sini pada Ahad mendapati bekalan kit ujian tersebut semakin berkurang sejak beberapa minggu lalu.

Iklan
Iklan

Salah seorang ahli farmasi di Kota Kemuning, Seksyen 32, di sini yang ingin dikenali sebagai Betty Ng berkata, pihaknya kerap membuat penambahan stok kit tersebut sebanyak dua kali seminggu, berbanding sekali dalam tempoh tiga minggu sebelum ini.

Katanya, pelanggan lebih gemar mendapatkan kit ujian kendiri yang memerlukan sampel air liur kerana ia mudah digunakan berbanding jenis calitan sampel dalam hidung.

Iklan

"Tapi sejak kebelakangan ini, kit ujian kendiri yang memerlukan sampel calitan dalam hidung semakin mendapat sambutan kerana keputusannya lebih tepat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Kit ujian kendiri jenis sampel air liur paling digemari pelanggan kerana ia mudah digunakan.

Ahli farmasi lain, Yee Wei Pheng turut menghadapi masalah kekurangan stok kit ujian kendiri Covid-19 tersebut sejak kebelakangan ini.

Iklan

Menurutnya, pembelian bukan sahaja dibuat oleh orang ramai, tapi kit tersebut turut dibeli oleh syarikat-syarikat untuk diagihkan kepada pekerja mereka.

"Ramai orang beli, terutamanya syarikat-syarikat yang membeli untuk pekerja mereka, tapi kita jual pada harga pasaran kerana ia sudah cukup murah,” katanya.

Betty memaklumkan, pihaknya terpaksa membuat penambahan stok kit tersebut sebanyak dua kali seminggu, berbanding sekali dalam tempoh tiga minggu sebelum ini.

Dalam pada itu, orang ramai turut menghadapi masalah untuk mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran disebabkan stoknya semakin terhad.

Salah seorang pengguna, Desmond Kho Shee Ling, 50, terpaksa mencari kit ujian kendiri Covid-19 di kedai runcit kerana ia sukar didapati di farmasi yang dikunjunginya.

Desmond

Dia yang bekerja sebagai pegawai pemasaran berkata, kit tersebut dibeli dalam kuantiti yang banyak untuk pekerja-pekerjanya.

"Selepas Tahun Baharu Cina, saya susah nak dapatkan di farmasi, jadi saya terpaksa mencari di kedai runcit.

"Saya perlu beli sekitar 50 hingga 100 kotak untuk pekerja-pekerja saya,” katanya.

Bagi Nur Ain Norazam, 27, pula, kit ujian kendiri jenis sampel air liur agak sukar didapati di pasaran berbanding kit ujian kendiri yang menggunakan sampel calitan dalam hidung.

"Saya memang kerap buat ujian kendiri di pejabat untuk keselamatan diri sendiri sebanyak sekali seminggu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sini.

Turut senada dengan Nur Air ialah Gopal Nair, 47, yang turut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 jenis sampel air liur di farmasi sejak Jumaat lalu.

Gopal

Ujarnya, kit ujian kendiri tersebut lebih selesa untuk digunakan berbanding jenis lain.

"Saya cuba cari (kit ujian kendiri) jenis air liur kerana ia lebih mudah dan selesa untuk digunakan berbanding jenis calitan dalam hidung,” katanya.