14 rumah terjejas dilanda ribut

Iklan
Antara rumah yang dihempap pokok dalam kejadian ribut di Pos Telanok, Cameron Highlands pada petang Ahad. - Foto Ihsan APM

CAMERON HIGHLANDS - Sebanyak 14 buah rumah terjejas dalam kejadian ribut di Pos Telanok melibatkan Kampung Sungai Loon dan Kampung Renglas di sini pada petang Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands, Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, seramai 11 anggota APM digerakkan ke tempat kejadian bagi membantu membersihkan laluan akibat pokok tumbang.

Iklan
Iklan

"Selain itu, kita membantu menubuhkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Renglas.

"Seramai 29 orang melibatkan lima buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan selepas rumah didiami mereka mengalami kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ujarnya, tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian ribut itu.