SYDNEY - Australia membuka sempadan antarabangsanya kepada semua pelancong yang sudah mendapat vaksin pada Isnin untuk memasuki negara berkenaan.
Pembukaan itu berlaku hampir dua tahun selepas ia melaksanakan beberapa sekatan perjalanan Covid-19 yang paling ketat di dunia.
Sempadan antarabangsa itu dibuka selepas pesawat syarikat penerbangan Qantas dari Los Angeles mendarat di Sydney pada jam 6.20 pagi waktu tempatan diikuti dengan ketibaan penerbangan dari Tokyo, Vancouver dan Singapura.