Buntu cari bapa kandung anak angkat

Iklan
Jaznul (kanan) dan isterinya, Nurul Misya sedang mengesan bapa kandung Nur Hanna Aisyah.

JERANTUT - Seorang pemandu ambulans gusar dengan masa depan anak angkatnya susulan proses dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih belum selesai hingga kini.

Jaznul Hakim Jauhar, 38, dari Kampung Temin di sini berkata, anak angkatnya, Nur Hanna Aisyah Wabihazeli, 6, dijaga bersama isterinya, Nurul Misya Syaizatul Syaiza Shariman, 34, sejak berusia empat bulan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha pencarian lelaki tersebut dilakukan sejak tiga tahun lalu namun menemui jalan buntu.

"Saya pernah mencarinya mengikut alamat terakhir di Bukit Dinding di sini namun tidak menemui lelaki tersebut.

Iklan

"Tujuan saya mencari bapa kandung Nur Hana iaitu Wabihazeli Ludin untuk mendapatkan hak penjagaan anak angkat yang sah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nur Hanna Aisyah

Tambahnya, sejak menjaga Nur Hanna Aisyah, dia dan isterinya tidak pernah berjumpa dengan bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Iklan

Sehubungan itu dia berharap lelaki tersebut dapat tampil untuk membantu proses berkenaan demi masa depan Nur Hanna Aisyah.

Bagi yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Jaznul di talian 012-9908411.