Ukraine berusaha sertai NATO meskipun berdepan tekanan

Iklan
Dmytro Kuleba Foto:Reuters

MOSCOW - Ukraine berusaha menjadi sebahagian daripada anggota NATO meskipun terdapat beberapa negara Eropah memberi isyarat agar melupakan hasrat itu, kata Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, lapor Sputnik.

"Majoriti rakyatnya mahu Ukraine menjadi ahli NATO. Satu-satunya isyarat yang kami hantar kepada dunia ialah jika Ukraine berjaya dan jika Rusia berundur, ia akan menjadi lebih selamat untuk sebuah negara demokrasi," kata Kuleba dalam satu temu bual dengan stesen penyiar Amerika Syarikat (AS), CBS.

Iklan
Iklan

Beberapa negara anggota NATO menghantar mesej meminta Ukraine mengetepikan hasrat itu, kata Kuleba.

Menurut Kuleba, bilangan negara Eropah berbuat demikian adalah"sedikit" dan AS tidak tersenarai.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu, Canselor Jerman Olaf Scholz berkata keahlian Ukraine dalam NATO tiada dalam agenda dan tidak akan berlaku dalam masa terdekat. -Bernama