Peneroka Felda penentu hala tuju politik Johor

Iklan
Muhammad Hilman Idham - Foto Bernama

SHAH ALAM - Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju politik Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham berkata, perkara tersebut dibuktikan apabila pemerintahan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan dan Johor tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akibat protes peneroka Felda terhadap dasar dan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan
Iklan

"Terdapat 72 Tanah Rancangan Felda di Johor yang meliputi 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Datuk Seri Najib dilihat mengabaikan kebajikan dan kepentingan peneroka.

"Kerajaan PN diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin pula telah bertindak dengan tegas dan efektif dengan melaksanakan syor-syor yang terkandung dalam Kertas Putih Felda demi memelihara kepentingan para peneroka.

Iklan

"Hasil keputusan dan pelaksanaan syor tersebut oleh PN, peneroka pada hari ini mendapat manfaat dan terlepas dari beban hutang sekali gus menjamin kepentingan golongan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Muhammad Hilman berkata, Kertas Putih Felda merupakan dokumen penting yang memperincikan pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan kebajikan peneroka terus dibela.

Iklan

Mengulas lanjut Muhammad Hilman berkata, Kertas Putih Felda yang digubal Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan diluluskan Parlimen ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah gagal dilaksanakan akibat politik perkauman bekas Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng dan DAP yang menafikan kepentingan orang Melayu.

"Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng telah menghalang pembayaran Bantuan Khas Hari Raya kepada peneroka Felda yang pada saat itu amat terbeban dengan hutang.

"Akibat daripada sikap dan kepentingan politik Lim Guan Eng, segala syor-syor Kertas Putih Felda tidak dapat dilaksanakan termasuk usaha pemulihan dan pemberdayaan peneroka bernilai RM6.23 bilion yang telah dipersetujui oleh kabinet dan Parlimen," katanya.