KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu.