Ukraine nafi bedil kemudahan Rusia di sempadan

Iklan
Anggota barisan hadapan tentera Ukraine berada di kedudukan tidak jauh dari Novohnativka, wilayah Donetsk pada Ahad selepas insiden pertempuran semakin meningkat. - Foto AFP

KRAMATORSK - Tentera Ukraine pada Isnin menafikan tuduhan ia membedil kemudahan yang digunakan oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) di sempadan.

"Kami tidak boleh menghalang mereka daripada mengeluarkan berita palsu seperti ini. Tetapi, Kiev mahu tegaskan kami tidak menyasarkan infrastruktur orang awam atau ke kawasan lain di wilayah Rostov seperti didakwa Moscow," ujar jurucakap tentera Ukraine, Pavlo Kovalchuk.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Kremlin mendakwa bedilan dilancarkan dari Ukraine telah memusnahkan kemudahan awam tersebut.

"Pada jam 9.50 pagi (waktu tempatan), sebuah projektil tidak dikenali dilancarkan dari Kiev dan menyebabkan struktur di wilayah Rostov yang terletak kira-kira 150 meter dari sempadan Rusia-Ukraine musnah," menurut perkhidmatan keselamatan itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Ia turut mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu malah jurutera tentera Rusia telah dikerah ke lokasi kejadian.

Rakaman video dikeluarkan FSB juga menunjukkan struktur bangunan itu yang musnah akibat bedilan tersebut.

Iklan

Pada minggu lalu, perintah darurat diumumkan di wilayah selatan tersebut setelah kumpulan orang awam dipindahkan dari wilayah dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia susulan ketegangan yang semakin meningkat. - AFP