Anak Alex Ferguson lepas jawatan pengendali Peterborough United

Iklan
IMBAS KEMBALI....Alex Ferguson (dua, kanan) bersama anak lelakinya Darren, (kiri), Mark (dua, kiri) dan Jason sebelum tayangan perdana dokumentari 'Sir Alex Ferguson: Never Give In' di Old Trafford, Manchester pada 20 Mei 2021. - Foto AFP

DARREN Ferguson, anak bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, meletak jawatan sebagai pengendali kelab Liga Kejuaraan, Peterborough United pada Ahad selepas The Posh melakar kekalahan 20 liga musim ini.

Peterborough yang mengumpul 21 mata selepas mengharungi 31 perlawanan dijinakkan Derby County, 1-0 kendalian bekas penyerang sensasi The Red Devils, Wayne Rooney hasil jaringan Louie Sibley minit ke-95 dalam perlawanan di Stadium Pride Park.

Iklan
Iklan

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Ferguson tersebut kini berkedudukan lima mata dari zon penyingkiran selepas dinaikkan secara automatik dari Liga Satu musim lalu gagal mencatat sebarang kemenangan sejak 11 Disember lalu.

"Saya dan dua rakan kongsi menganggap Darren sebagai antara seorang pengurus hebat kelab bola sepak ini yang pastinya dalam era bola sepak moden.

Iklan

"Kekangan kewangan menyaksikan Darren terpaksa menggalas tanggungjawab mengemudi kelab tanpa sokongan para penyokong akibat pandemik merupakan sesuatu yang mencabar. Namun dia menanganinya dengan cara mengagumkan dan teratur sepanjang tempoh perkhidmatannya,” kata pemilik bersama Peterborough, Darragh MacAnthony dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, kerjaya pengurusan Ferguson tidak cemerlang seperti bapanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), apabila berkhidmat di Peterborough, Doncaster Rovers dan Preston North End semuanya berada di peringkat bawahan liga bola sepak Inggeris.

Iklan