Skuad B-23 negara pulang awal

Iklan
Aksi antara Malaysia dan Laos dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techno sebentar tadi. - Foto Sportflex

SKUAD Bawah-23 (B-23) tahun negara gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF 2022 selepas tewas 0-2 kepada Laos dalam aksi kedua Kumpulan B di di Stadium Nasional Morodok Techno, Phnom Penh sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney hanya dapat menyenaraikan 16 pemain susulan kes Covid-19 yang melanda kem Malaysia.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, Laos dapat menurunkan barisan terbaik mereka seperti mana ketika menewaskan Malaysia 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Prince pada Jumaat lalu.

Dalam aksi sebentar tadi, Laos dilihat banyak melakukan serangan berbahaya kepada gawang gol Malaysia dengan melakukan percubaan awal melalui kapten, Bounphachan Bounkong seawal minit ketujuh.

Iklan

Malaysia cuba memperkemaskan corak serangan dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-10 melalui rembatan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar.

Namun, rembatannya yang gagal ditampan kemas penjaga Laos, Keo Oudone Souvannasangso tidak disambar oleh mana-mana pemain negara yang berada dalam kotak penalti.

Iklan

Maloney terpaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-14 selepas kapten, Aiman Arif mengalami kecederaan dengan tempatnya digantikan K Thivandran

Sebelum aksi babak pertama berakhir, Bounpachan memastikan Laos berada di hadapan sebelum rehat apabila meledak gol hasil sepakan percuma menarik pada minit ke-42.

Memasuki babak kedua, Maloney melakukan beberapa pertukaran pemain dan ia nyata mengubah rentak permainan skuad negara.

Beberapa peluang terbaik berjaya dicipta dalam aksi babak kedua, namun kekebalan benteng lawan menyaksikan skuad negara terus kempunan memperoleh gol yang dicari-cari.

Sebaliknya, pasukan lawan berjaya menambah gol kedua apabila dan kecuaian pemain negara membolehkan Souksakhone menjaringkan gol kedua Laos pada minit ke-85.