Negara amal politik wang mustahil bebas rasuah: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan rasuah akan menjadi payung negara sekiranya politik wang tidak dihapuskan.

Beliau berkata, rakyat yang memilih pemimpin kerana politik wang pula akan menempah kemusnahan.