Barbie menginspirasi kanak-kanak perempuan sejak 1959

Iklan
Barbie menyinari mercu ikonik Menara KL dalam rona merah jambu sebagai tanda permulaan meraikan Ulang Tahun ke-60.

BARBIE® dengan kerjasama Tourism Malaysia mewarnai mercu ikonik Kuala Lumpur, Menara KL dengan rona merah jambu sebagai tanda permulaan keraian Ulang Tahun ke-60 Barbie di Malaysia bermula 11 hingga 31 Mac ini, 7 petang sehingga 12 tengah malam, setiap hari.

Sejak 1959, Barbie telah menjadi inspirasi kanak-kanak perempuan untuk menjadi apa sahaja yang diimpikan, sama ada puteri atau jurutera robotik, angkasawan atau zoologi. Tiada apa yang mustahil untuk Barbie.

Iklan
Iklan

"Barbie menggalakkan imaginasi, ekspresi dan eksplorasi menerusi sesi bermain dan percaya bahawa setiap gadis perlu tahu tiada apa di dunia termasuk profesion dan impian yang tidak boleh ditakluki wanita.

"Selama 60 tahun, Barbie menjuarai anak-anak gadis, menginspirasi generasi ke generasi dan meyakinkan bahawa mereka mempunyai pilihan. Menerusi platform global, kami ingin menggalakkan lagi kempen penjenamaan Barbie dalam memperkasakan daya kebolehan anak-anak gadis,” ujar Pengurus Cawangan, Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco.

Iklan

Barbie menyinari Asia Tenggara

Di Asia Tenggara, Barbie menyinari mercu ikonik dalam rona merah jambu sebagai tanda permulaan meraikan Ulang Tahun ke-60; Menara KL di Malaysia, Manila City Hall di Filipina, Muzium Fatahillah di Indonesia, Singapore Flyer di Singapura dan Emquartier di Thailand.

Iklan
Barbie menyinari mercu ikonik Menara KL dalam rona merah jambu sebagai tanda permulaan meraikan Ulang Tahun ke-60.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said berkata, Tourism Malaysia amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mattel di mercu ikonik ini.

"Sambutan ini merupakan inisiatif berterusan bagi menggiatkan kempen Visit Malaysia 2020. Ia merupakan platform terbaik bagi mempromosikan Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2020 di Malaysia, di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa," kata Zulkifly.

Dr Mazlan Othman

Sambutan di Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan wanita hebat yang berjaya dalam pelbagai bidang. Antaranya Pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group, Datin Vivy Yusof; Pakar Astrofizik Pertama Malaysia, Prof Dr Mazlan Othman; Timbalan Presiden Jenama, Kreativiti, dan Pengurusan Bakat Limkokwing University dan Pengarah Kreatif Limkokwing Fashion Club, Datuk Tiffanee Marie Lim; Pengasas dan Ketua Pengarah Kreatif A Cut Above Group of Salons and Academy, Datin Winnie Loo; Supermodel dan Pengetua Amber Chia Academy, Amber Chia; dan Pengasas Karen Leong Cake Design, Karen Leong.

Vivy Yusof

Majlis tersebut mempersembahkan sebanyak 60 anak patung Barbie yang digayakan oleh Limkokwing University dan A Cut Above Academy bagi meraikan kronologi sejarah Barbie. Terdapat 6 anak patung Barbie juga yang digayakan sendiri oleh Tiffanee dan Winnie Loo bagi mewakili 6 dekad gaya Barbie.

Acara memotong kek istimewa sempena Ulang Tahun ke-60 Barbie yang direka oleh Karen Leong.

Anak patung-anak patung tersebut dibawa oleh 30 kanak-kanak perempuan daripada Amber Chia Academy dan 6 peragawati daripada Limkokwing Fashion Club lengkap dalam persalinan terbaharu Barbie 2019. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek istimewa sempena Ulang Tahun ke-60 Barbie yang direka oleh Karen Leong.

#feminasinar