Djokovic teruja permulaan baik di Dubai

Iklan
Djokovic

PEMAIN nombor satu dunia Novak Djokovic yang lewat memulakan kempen 2022, menyingkap tirai Kejuaraan Dubai dengan kemenangan meyakinkan 6-3, 6-3 ke atas bintang remaja Itali, Lorenzo Musetti.

Malah pemain berusia 34 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda terkesan insiden visa di Terbuka Australia bulan lalu, sebaliknya mempersembahkan permainan bertenaga untuk mara ke pusingan kedua, menyifatkan ketika berada di Dubai sebagai pengalaman yang menyenangkan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak boleh meminta sambutan yang lebih baik kerana sudah lama tidak beraksi sejak bermain perlawanan terakhir dan saya tidak dapat memilih tempat yang lebih baik untuk memulakan musim ini melainkan di Dubai," kata Djokovic, yang tidak beraksi sejak Pusingan Akhir Piala Davis pada November lalu.

Ditanya bagaimana dengan penerimaan dalam kalangan rakan, Djokovic menyifatkan layanan daripada mereka di Dubai sangat mesra.

Iklan

"Majoriti mereka sebenarnya mengalu-alukan saya dan berkata gembira melihat saya kembali dalam Siri Jelajah.

"Motivasi inilah membuatkan saya berasa hebat, dan saya amat berterima kasih untuk itu kerana sekurang-kurangnya dalam kalangan kami mempunyai persefahaman.

Iklan

"Sesungguhnya sokongan daripada para pemain dan teman rapat merupakan elemen sangat penting bagi saya dalam situasi sebegini yang lebih daripada keluarga saya," katanya.