PN umum calon PRN Johor Khamis ini

Iklan
Muhyiddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Khamis ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selepas gabungan parti PN telah mengemukakan nama calon.

Iklan
Iklan

"Pembahagian kerusi sudah selesai, nama calon telah dikemukakan, sekarang dalam proses akhir saringan dan akan umum secara rasmi pada 24 Februari ini di Johor," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemulihan Negara (MPN) kali ketiga, dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan pembahagian kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Gerakan.

Iklan

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor berkata, PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Tarikh pengundian PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac depan manakala penamaan calon adalah 26 Februari dan tarikh pengundian awal pada 8 Mac.

Iklan