Pasaran getah ditutup tinggi

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa untuk hari kedua berturut-turut, dirangsang oleh lonjakan dalam harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak di Ukraine selain terdapat jangkaan pelaksanaan lebih banyak pemotongan cukai di China, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, keuntungan bagaimanapun dihadkan oleh prestasi lemah pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Iklan
Iklan

Ketika ini, minyak mentah Brent melonjak 3.72 peratus kepada AS$98.94 setong, manakala West Texas Intermediate melambung 5.41 peratus kepada AS$96 setong.

Harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 naik 4.5 sen kepada 753.0 sen sekilogram (kg) manakala lateks pukal melonjak 14.0 sen kepada 716.0 sen sekilogram.

Iklan
Iklan

Pada jam 5 petang, SMR 20 berada pada 740.0 sen setiap kg manakala lateks pukal pada 715.5 sen sekilogram.- Bernama