Mohamed Sukri dilantik Ketua Pemuda PN Selangor

Iklan
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar sebagai Ketua Pemuda PN Selangor yang baharu.

SHAH ALAM - Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Selangor melantik Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar sebagai Ketua Pemuda PN Selangor yang baharu.

Berdasarkan senarai lantikan jawatan kuasa baharu, seramai 17 ahli dilantik termasuk Ketua Armada Bersatu Selangor, Salahuddin Mustapha sebagai Timbalan Ketua Pemuda PN Selangor.

Iklan
Iklan

Dua lagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PN Selangor disandang pemimpin muda dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Hendry Teoh Kien Hong dan Muhammad Hanif Jamaluddin (Pas).

Antara lain, senarai itu menyebut Muhammad Ali Rajaie Jamaludin sebagai setiausaha, manakala Muhammad Ariff Kasim pula sebagai Penolong Setiausaha Pemuda PN Selangor.

Iklan

Dalam pada itu, badan perhubungan negeri itu turut melantik Dr Muhammad Firdaus Azim sebagai ketua penerangan dan Ahmad Azarul Mohamad Azim sebagai bendahari.

Bagi melengkapkan senarai pelantikan, sembilan ahli jawatankuasa turut dilantik membabitkan tiga pemimpin muda dari Pas, tiga dari Gerakan serta tiga lagi dari Armada Bersatu Selangor.

Iklan

Sementara itu, Pemuda Pas Selangor dalam satu kenyataan berharap jawatankuasa baharu dibentuk itu dapat untuk menggerakkan bahtera dan membantu menjayakan agenda penyatuan ummah.

"Semoga barisan kepimpinan PN Selangor kali ini dapat menjalankan amanah sebaik mungkin seterusnya dapat menjadi contoh kepada anak muda seluruh negara.

"Pemuda PN Selangor juga akan bersama dan memberikan seluruh tenaga serta kekuatan untuk memberikan kemenangan kepada PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak," kata kenyataan itu pada Selasa.