Alami gejala, Hishammuddin jalani isolasi di HAT Tuanku Mizan

Iklan
Hishammuddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjalani tempoh isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut ciapan di Twitternya, isolasi tersebut bagi tujuan rawatan dan pemantauan memandangkan beliau mempunyai gejala akibat wabak tersebut.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, walaupun alami gejala namun buat masa ini saya dalam keadaan baik.

"Bagi memastikan tahap kesihatan saya terus berada pada tahap memuaskan, saya telah dinasihatkan agar menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi tujuan rawatan dan pemantauan,” katanya pada Rabu.

Iklan

Dalam masa sama, beliau memohon maaf kerana tidak dapat membalas kesemua mesej ucapan dan doa yang diterima sejak semalam.

"Namun bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang ambil berat dan doakan kesembuhan saya. Semoga dimakbulkan ALLAH,” ujarnya.

Iklan

Pada Selasa, pejabat kementerian memaklumkan bahawa Hishammuddin disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).