Guru rugi RM2,700 beli anjing Tea Cup Pomperian

Iklan
Guru wanita ditipu dalam urusan pembelian anjing jenis Tea Cup Pomperian melalui laman Facebook, pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan

JEMPOL - Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian RM2,700 selepas ditipu dalam urusan pembelian anjing jenis Tea Cup Pomperian melalui laman Facebook, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berminat membeli anjing jenis itu selepas melihat iklan penjualan haiwan itu dalam akaun Facebook sebelum berhubung dengan penjual melalui Whatsapp.

Iklan
Iklan

"Mangsa seterusnya bersetuju untuk membeli dua ekor anjing dengan harga RM2,200 dan membuat pembayaran ke akaun penjual sebanyak RM2,700 termasuk kos penghantaran.

"Penjual berjanji akan menghantar anjing tersebut melalui perkhidmatan Pet Taxi sebaik pembayaran dibuat tetapi sehingga ke hari ini penjual masih meminta mangsa membuat bayaran untuk pelbagai urusan yang tidak sepatutnya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut Chang Hook, mangsa mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas merasakan dirinya ditipu.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pegawai perubatan mengalami kerugian RM1,020 setelah ditipu dalam urusan pembelian aksesori basikal, pada Isnin lepas.

Iklan

Chang Hook memberitahu, mangsa telah melayari laman Facebook dan terlihat iklan jual beli aksesori basikal jenama Garmin Edge 830 berharga RM1,020 lalu berhubung dengan penjual melalui aplikasi WhatsApp.

"Mangsa bersetuju dan membuat bayaran secara pindahan wang ke dalam sebuah akaun dan penjual berjanji aksesori tersebut akan dihantar ke alamat rumah mangsa sebaik bayaran dibuat.

"Bagaimanapun sehingga kini aksesori tersebut masih tidak diperolehi, malah panggilannya telah disekat,'' katanya.