Buka sempadan: Polis Kedah sudah siap sedia

Iklan
Wan Hassan (tiga dari kanan) ketika menerima sumbangan peralatan bantuan banjir oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di sini pada Rabu.

ALOR SETAR - Polis Kedah bersedia sekiranya sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini dibuka semula dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ini berikutan pembukaan semula itu dijangka akan memberi kesan kepada peningkatan kadar jenayah rentas sempadan dan juga jenayah setempat.

Iklan
Iklan

Katanya, semua ketua polis di 11 daerah telah diarahkan untuk mengadakan perancangan tindakan jenayah dan pelan tindakan bersepadu.

"Ia akan dibentangkan dalam bengkel khas di Langkawi pada 2 Mac ini selain turut membincangkan strategi bagi memastikan ketenteraman di negeri ini terpelihara," katanya ketika Majlis Penyerahan Peralatan Bantuan Banjir oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di sini pada Rabu

Iklan

Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu terdapat penurunan ketara dalam aktiviti jenayah dan kes kemalangan jalan raya kerana sempadan antarabangsa ditutup.

Iklan

"Oleh itu, kita perlu membuat rancangan untuk menguruskan risiko jenayah rentas sempadan dan jenayah lain yang meningkat apabila sempadan dibuka semula," katanya.

Wan Hassan berkata, polis juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sempadan.

"Dalam apa jua keadaan, SOP patuh dipatuhi dan sekiranya ada yang melanggar SOP, tindakan saman akan dikenakan," katanya.

Pada Isnin, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan berita baik mengenai pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand semasa lawatan rasminya ke Bangkok pada Khamis.