Muhyiddin diperkenan menghadap Sultan Johor

Iklan
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu.

Menurut satu kenyataan ringkas, pertemuan antara baginda dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berlangsung selama satu jam.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada perincian mengenai perjumpaan tersebut.

"DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi selama satu jam,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Iklan

Pada 19 Februari, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan mengenai pembangunan negara serta negeri Johor.

Sementara itu, pada 15 Februari pula, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.

Iklan