Sakura Malaysia

Iklan
Musim bunga ‘Sakura Malaysia’ yang kini dapat dilihat di sekitar Pulau Pinang.

Pokok Tecoma ini banyak ditanam di sekitar bahu jalan di Pulau Pinang, namun tidak kesemuanya berbunga yang banyak namun tidak dinafikan keindahan bunga ini memberi suasana seolah-olah berada di Jepun yang terkenal dengan bunga Sakura.

Setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok Tecoma akan mengeluarkan bunga warna putih dań merah muda di beberapa kawasan di Pulau Mutiara.

Mekarnya bunga Tecoma mewarnai pemandangan jalan raya dan kawasan di sekitarnya. - Foto Bernama.