KUALA LUMPUR - Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbunuh atau tercedera dalam insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah trem di bandar Utrecht, Belanda semalam.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata Kedutaan Malaysia di Hague berhubung dengan rakyat Malaysia di Utrecht serta pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, dan akan terus memantau keadaan.