Balu nelayan tidak sangka dapat pencen Perkeso suami

Iklan
Tarmizi (kiri) menyerahkan replika cek kepada Maimon (kanan) pada majlis penyerahan faedah Perkeso dan Program Transformasi Usahawan Belia Pahang anjuran HUB Usahawan Belia Malaysia dan Perkeso Pahang di Wisma Perkeso pada Rabu.

KUANTAN - Balu kepada seorang nelayan yang meninggal dunia akibat Covid-19 menerima pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nelayan terbabit, Safie Ismail, 58, meninggal dunia pada Julai tahun lalu selepas dijangkiti virus itu ketika bekerja mengumpul hasil tangkapan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kemunting di sini.

Iklan
Iklan

Suri rumah, Maimon Ismail, 58, mengakui tidak menyangka akan memperoleh pencen bulanan memandangkan Allahyarham suaminya hanya bekerja sebagai nelayan.

"Saya tidak tahu suami ada membuat caruman Skim Perlindungan Keselamatan Sendiri sektor perikanan dengan Perkeso dan hanya tahu apabila dimaklumkan oleh pihak Perkeso selepas kematiannya.

Iklan

"Saya sangat bersyukur sangat dengan adanya pencen ini dapat membantu menampung keperluan termasuk membiayai pelajaran anak bongsu yang kini belajar di institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.

Maimon ditemui selepas majlis penyerahan faedah Perkeso dan Program Transformasi Usahawan Belia Pahang anjuran HUB Usahawan Belia Malaysia dan Perkeso Pahang di Wisma Perkeso di sini pada Rabu.

Iklan

Penyerahan faedah itu disampaikan Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar yang turut dihadiri pengasas Hub Usahawan Digital dan Smart Belia Malaysia Pahang, Nurliana Muhammad.

Sementara itu, Tarmizi berkata, hasil semakan mendapati Allahyarham Safie layak menerima menerima faedah kerana mencarum di bawah skim perlindungan pekerjaan beberapa tahun lalu.

"Berdasarkan laporan, Allahyarham mendapat jangkitan LKIM di Kemunting di sini yang bekerja mengumpulkan hasil tangkapan di kompleks berkenaan.

"Oleh itu, penerima iaitu balu layak menerima faedah pengurusan mayat dan faedah pencen secara bulanan kerana Allahyarham mendapat jangkitan ketika sedang bekerja," ujarnya.