PM buat lawatan rasmi

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Kemboja hari ini.
Ketibaan Ismail Sabri disambut Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Othsman Hassan yang mewakili Kerajaan Kemboja. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.