KELAB Liga Super, Terengganu FC (TFC) akan melayan kunjungan Negeri Sembilan FC di Kuala Terengganu apabila kedua-dua pasukan diundi berentap sesama sendiri pada pusingan pertama Piala FA.
Juara bertahan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pula menyingkap tirai kempen berdepan Sains FC di Stadium Darul Aman manakala pasukan pilihan Selangor FC akan menunggu Harini FT di Shah Alam.
Sementara itu, kuasa bola sepak tanah air yang juga penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menunggu pemenang antara BRM FC dan Tun Razak City di Stadium Sultan Ibrahim manakala bekas juara edisi 1990, Perak FC akn berdepan Kijang Rangers FC di Stadium Perak.
Penang FC pula akan menanti di Stadium Bandaraya pemenang antara Bukit Tambun FC dan Imigresen FC manakala Sabah FC pula melayan kunjungan Respect FC di Stadium Likas.
Di Stadium Darul Makmur pula Sri Pahang FC bakal menanti kunjungan Manjung City FC manakala juara Piala Malaysia, KL City FC akan berdepan Langkawi City FC di Cheras.
PJ City FC pula dijadualkan melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
PlALA FA 2022
PUSINGAN KELAYAKAN
BRM FC lwn Tun Razak City FC
Bukit Tambun FC lwn Imigresen FC
PUSINGAN PERTAMA
Selangor FC lwn Harini FT
PJ City FC lwn Kelantan FC
Sabah FC lwn Respect FC
Sri Pahang FC lwn Manjung City FC
Terengganu FC lwn Negeri Sembilan FC
Skuad Projek FAM-MSN lwn Tok Janggut Warriors
JDT lwn BRM FC/ Tun Razak City FC
KL City FC lwn Langkawi City FC
Kelantan United lwn Kinabalu Jaguars FC
Melaka United lwn PIB FC
PDRM FC lwn Perlis United
Kedah Darul Aman lwn Sains FC
Perak FC lwn Kijang Rangers FC
Penang FC lwn Bukit Tambun FC/Imigresen FC
Kuching City FC lwn UiTM FC
Sarawak United lwn Ultimate FC