SHAH ALAM -"Ini bukan 'fashion show', demikian tegas Speaker DUN Selangor ketika mengulas mengenai tatacara pemakaian oleh beberapa ADUN yang dilihat tidak mengikut etika yang ditetapkan.
Speaker DUN Ng Suee Lim berkata teguran ini diberikan kepada semua adun tanpa mengira adun kerajaan mahupun pembangkang.
"Kita menghormati dewan yang mulia ini, dan masa sama rakyat perhatikan kita, jadi wajar untuk kita ikut peraturan sedia ada termasuk daripada segi etika pemakaian.
"Ini bukan 'fashion show', yang mana pelbagai baju atau kot pelbagai warna,tapi ini dewan, kita perlu menghormatinya," katanya.
Terdahulu, Suee Lim menegur beberapa adun yang dilihat tidak mengikuti peraturan pemakaian yang ditetapkan.
Teguran ditujukan kepada ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang memakai kot berwarna putih manakala teguran juga diberikan kepada Adun Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin kerana telefon berbunyi ketika sidang dun berlangsung.
Pada sidang DUN yang berlangsung Disember lalu, etika pemakaian turut menjadi isu apabila Suee Lim menegur ADUN membabitkan baju Melayu.