Elanga nyalakan kembali peluang Manchester United

Iklan
Elanga menyelamatkan maruah Manchester United apabila mengikat Atletico Madrid di Estadio Wanda Metropolitano.

JARINGAN lewat perlawanan pemain gantian Anthony Elanga menghidupkan kembali peluang Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara selepas mengikat Atletico Madrid dalam aksi pusingan pertama peringkat 16 terbaik.

Tampil di Estadio Wanda Metropolitano, The Red Devils kendalian pengendali sementara, Ralf Rangnick terlebih dulu dikejutkan tandukan padu Joao Felix yang menyudahkan hantaran lintang Renan Lodi pada minit ketujuh.

Iklan
Iklan

Colchoneros kendalian Diego Simeone mempunyai deretan peluang untuk melebarkan kedudukan, namun tiang gol sering menjadi penyelamat kepada pasukan pelawat dalam perlawanan itu.

Anak buah Rangnick berjaya menyamakan kedudukan setelah Bruno Fernandes memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan apabila hantaran tonggak Portugal itu diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh Elanga (80') yang mengantikan Marcus Rashford pada minit ke-75'.

Iklan

Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan terakhir di Stadium Old Trafford dalam aksi timbal balik kedua yang dijadualkan berlangsung pada16 Mac depan.

Iklan