PRN Johor: PN bakal sedia manifesto realistik, tumpu kos sara hidup

Iklan
Muhyiddin - Foto Bernama

TANGKAK - Perikatan Nasional (PN) akan mengetengahkan manifesto yang bersifat realistik antaranya menumpukan isu kos sara hidup rakyat dan kenaikan harga barang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi gabungan politik itu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN akan turut memberi penekanan terhadap isu pendidikan berkualiti selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Iklan
Iklan

"Kami kalau dah bentuk kerajaan, kami janji akan laksana dan tunaikannya... contohnya isu perumahan dalam kalangan generasi kedua Felda... bila kita diberi peluang mentadbir Johor, antara yang kita akan beri perhatian adalah sediakan peluang perumahan untuk kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah umum bersama warga Felda Sri Ledang dekat sini malam Rabu.

Iklan

Turut hadir Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Penerangan Pas Khairil Nizam Khirudin.

Penamaan calon PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac dan undi awal pada 8 Mac. - Bernama

Iklan