15 gerai makan MPK terbakar

Iklan
Operasi memadamkan kebakaran pada deretan 15 gerai makan MPK pada Khamis.

KLANG - Deretan 15 gerai makan milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) di jalan besar Pandamaran di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 pagi dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang serta BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, hampir dua jam masa diambil dalam operasi memadamkan kebakaran tersebut.

Iklan

Operasi memadamkan kebakaran pada deretan 15 gerai makan MPK pada Khamis.

"Anggota penyelamat bertindak melakukan kerja pemadaman menggunakan tiga aliran hos sehingga api padam sepenuhnya. Api berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi dan tamat sepenuhnya pada 5.18 pagi.

Iklan

"Struktur gerai jenis terbuka yang setiap satu berkeluasan 100 kaki persegi itu terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.