Abramovich dilaporkan dihalang menetap di Britain sekali lagi

Iklan
Abramovich dilaporkan sekali lagi dilarang memasuki Britain

PEMILIK Chelsea yang juga billionaire Rusia, Roman Abramovich dilaporkan dihalang daripada menetap di Britain sekali lagi selepas kelibatnya tidak lagi dilihat di rumah kelab bola sepak Chelsea di barat daya London, Stamford Bridge, beberapa bulan lalu.

Abramovich sebelum ini menarik balik permohonannya bagi memohon visa pelabur tahap 1 British pada 2018, selepas dilaporkan lewat dalam permohonannya berikutan kritikan terhadap oligarki Rusia yang terlibat dalam kes keracunan Salisbury.

Iklan
Iklan

Menurut The Sun, sumber keselamatan kanan memberitahu, lelaki berusia 55 tahun itu tidak mungkin dibenarkan tinggal di Britain lagi.

Difahamkan, pegawai imigresen Britain kini diarahkan menyukarkan hasrat Abramovich bagi memiliki rumah agam bernilai £125 juta (RM 708.45 juta) berhampiran Istana Kensington untuk bertapak di United Kingdom.

Iklan

Kesnya itu juga dikatakan sedang dikendalikan oleh 'Unit Kes Khas' Pejabat Dalam Negeri.

Larangan dikenakan kepada Abramovich itu dilakukan selepas dia dinamakan oleh Ahli Parlimen United Kingdom pada Selasa sebagai salah seorang daripada 35 oligarki yang dikenal pasti oleh ketua pembangkang Rusia, Alexei Navalny sebagai salah satu 'pemboleh utama kleptokrasi' yang dikendalikan oleh Presiden Vladimir Putin.

Iklan

Bagaimanapun Abramovich menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana pihak di Kremlin atau melakukan apa-apa kesalahan yang patut dikenakan sekatan terhadap dirinya ketika Britain kini ingin mengenakan sekatan ke atas Rusia di tengah-tengah ketegangan yang meningkat dengan Ukraine.

Pada 2018, Abramovich menjadi warganegara Israel dan dibenarkan memasuki Britain selama enam bulan.

Dia juga menggunakan pasport Israel pada Oktober lalu untuk membuat perjalanan singkat ke London.