[VIDEO] Rusia isytihar perang ke atas Ukraine

Iklan
Letupan kedengaran oleh penduduk dekat bandar raya Mariupol berhampiran sempadan Rusia pada awal pagi Khamis. - Foto Agensi

KIEV - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengarahkan tenteranya melakukan satu operasi ketenteraan di Ukraine.

Menurut agensi berita AP, tujuan operasi itu diadakan adalah untuk melindungi orang awam.

Iklan
Iklan

Beliau yang berucap menerusi televisyen Rusia menyatakan operasi tersebut dilancarkan berikutan ancaman daripada Ukraine.

Namun, Putin menyatakan ia tidak berhasrat untuk menjajah Ukraine.

Iklan

Presiden Rusia itu berkata, tanggungjawab pertumpahan darah kini terletak kepada rejim pemerintahan Ukraine.

Beliau juga memberi amaran bahawa negara-negara lain yang campur tangan dalam krisis tersebut akan menerima padah.

Iklan

Dalam pada itu, satu letupan kedengaran dekat bandar raya Mariupol, Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia pada awal pagi Khamis.

Letupan itu berlaku beberapa jam selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada kerajaan Ukraine bahawa tentera Rusia bersedia untuk pergi berperang dengan melakukan pencerobohan ke atas negara tersebut.

Rusia juga mengeluarkan notis yang memberitahu ruang udara di sempadan timur laut negaranya dengan Ukraine disekat.

Pengumuman itu menyebabkan Ukraine pada Khamis menyatakan ia telah melakukan sekatan ke atas penerbangan awam di ruang udaranya ekoran isu- isu kebahayaan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada letupan itu adalah bedilan daripada tentera Rusia.

Letupan juga kedengaran di ibu kota Ukraine Kiev, menurut CNN. - Agensi