'Sebahagian besar calon PN adalah muka baharu'

Iklan
Muhyiddin - Foto Bernama

PAGOH - Perikatan Nasional (PN) akan mengetengahkan sebahagian besar muka-muka baharu sebagai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya sebilangan kecil daripada calon-calonnya adalah penyandang kerusi sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Penyandang, tidak semua yang akan dilantik. Calon yang lain itu hampir semuanya muka baharu.

"Ini pertama kali kita menawarkan parti kita untuk bertanding atas nama PN, gabungan tiga parti... harap ini mungkin akan meraih pengundi,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Koperasi Felda Lenga kepada Ahli Koperasi di sini pada Khamis.

Iklan

Pengumuman calon PN bagi PRN Johor akan dibuat petang ini.

Penamaan calon bagi PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac dan undi awal pada 8 Mac. - Bernama

Iklan