Jepun umum sekatan terhadap Rusia

Iklan
- Gambar hiasan

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Rabu mengumumkan beberapa sekatan terhadap Rusia sebagai tindak balas negara itu mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine, lapor Jiji Press.

Jepun akan menggantung pengeluaran visa terhadap rakyat Donetsk dan Luhansk, membekukan aset mereka, melarang perdagangan membabitkan dua wilayah itu serta pengeluaran dan perdagangan bon Rusia, kata Kishida kepada pemberita.

Iklan
Iklan

Beliau mengumumkan sekatan berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha, Hirokazu Matsuno dan setiausaha agung Keselamatan Negara, Takeo Akiba.

"Kami gesa Rusia kembali kepada proses diplomatik bagi menamatkan konflik," kata Kishida.

Iklan

Sementara itu, pengkritik menyifatkan sekatan Jepun terhad kepada dua wilayah berkenaan sahaja, tidak termasuk pegawai kanan Rusia.

Di samping itu, nilai bon Rusia di Jepun juga agak kecil. - Bernama

Iklan