Kudsia dedah stesen radio minta ganjaran sebelum siar lagu

Iklan
Kudsia

SHAH ALAM - Bekas penyampai radio terkenal, Kudsia Kahar mendedahkan wujud dakwaan rasuah dalam industri penyiaran tersebut yang meminta ganjaran daripada artis sebelum sesuatu lagu baharu boleh disiarkan.

Menurutnya, perkara itu sudah lama berlaku dan tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan industri muzik negara.

Iklan
Iklan

"Pernah diberitahu ada yang tamak selamba minta telefon atau tablet sebelum lagu baru boleh disiarkan.

"Kalau masih berlaku, lingkuplah industri muzik kita. Ini adalah masalah sejak 40 tahun lalu. Tidak seteruk dulu tetapi masih lagi ada insan korup macam ini," katanya dalam satu ciapan di Twitternya pada Khamis.

Iklan

Beliau juga menasihati artis untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dipaksa untuk membayar atau memberi hadiah sekiranya mahu lagu mereka dimainkan di corong radio.

"Jumlah yang bermoral dan beretika itu lagi banyak daripada yang nak disogokkan. Jangan anggap semua korup. Tapi akibat nila setitik... (rosak susu sebelanga).

Iklan

Beliau turut mendedahkan terdapat syarikat media yang menjual posisi carta lagu stesen radio kepada artis tempatan.

Menurutnya, mana-mana artis yang membeli iklan terbanyak di stesen radio tersebut boleh menjadi nombor satu dalam carta lagu di radio tersebut.