PRN Johor: Mohd Puad calon DUN Rengit

Iklan
Mohd Puad

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, membuat kemunculan pertama bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas diumumkan sebagai salah seorang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat pada penggal Pilihan Raya Umum ke-12 itu merupakan salah seorang daripada 37 calon UMNO yang telah dipilih pimpinan parti dan akan bertanding di DUN N27 Rengit.

Iklan
Iklan

Pengumuman dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRN Johor di Ibu Pejabat UMNO Johor di sini, pada Khamis.

Ketika ditemui, Mohd Puad berkata keputusan pucuk pimpinan parti memilih dirinya sebagai calon tidak akan disia-siakan dan mahu menggunakan peluang tersebut untuk berbakti kepada penduduk di DUN Rengit.

Iklan

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menjelaskan penampilan semula dirinya sebagai calon DUN Rengit mampu memberikan gandingan seimbang antara calon senior dan muda.

"BN mengumumkan barisan calon yang tepat dengan kombinasi calon muda dan 'heavyweight' berpengalaman. Formula ini pada pandangan saya mampu memberikan kemenangan kepada BN.

Iklan

"Selain itu slogan BN yang mahu berbakti dan berjuang bersama rakyat juga dapat memikat hati pengundi," katanya.

Kerusi DUN Rengit ini sebelum ini disandang Ayub Jamil yang sebelum ini merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sebelum ini Mohd Puad tidak dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah yang tewas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pula, Mohd Puad yang dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu bagaimanapun tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524 undi.