Bayi derita penyakit hati kronik meninggal dunia

Iklan
Maayish Khalish disahkan meninggal dunia jam 6.50 petang Rabu.

PORT DICKSON- Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang disahkan menghidap biliary atresia atau kegagalan fungsi organ hati disahkan meninggal dunia pada petang Rabu.

Maayish Khalish Mohd Amirul Nizal menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Siti Norsolehana Selamat, 25, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 6.50 petang.

Iklan
Iklan

Bayi berkenaan sebelum ini disahkan menghidap penyakit itu, sejak dia berusia sebulan.

Bapanya, Mohd Amirul Nizal Norizal, 27, berkata, jenazah anaknya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lukut di sini pada jam 11.30 malam hari sama.

Iklan

"Saya tidak mampu hendak terima sumbangan orang ramai dah, sebab anak saya Maayish Khalish baru sahaja meninggal dunia, mohon doakan kami kuat.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sudah memberi sumbangan tetapi cukuplah setakat itu sahaja, saya mohon hentikan sumbangan selepas ini kerana semuanya sudah selesai," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bandar Springhill pada Khamis.

Iklan

Ujarnya, reda menerima kejadian berlaku kerana ia adalah ketentuan ALLAH SWT walaupun sekejap tetapi kehadirannya (Maayish Khalish) sangat bermakna.

"Anak ini merupakan pinjaman ALLAH sahaja, kita juga akan menyusul (meninggal dunia)," katanya.

Menceritakan kembali keadaan anaknya, Mohd Amirul Nizal berkata, isterinya telah berada di HKL pada Rabu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menjadi penderma hati kepada anaknya selain berbincang mengenai pembedahan tersebut.

"Bagaimana pun, doktor memaklumkan keadaan anak kami sangat kritikal dan akhirnya meninggal dunia dipangkuan ibunya," katanya.

Media pada Rabu melaporkan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan disahkan menghidap biliary atresia atau kegagalan fungsi organ hati dan perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Untuk tujuan tersebut perlu mendapat penderma hati yang bersesuaian namun mengambil sedikit masa dengan kos rawatan lebih kurang RM150,000.

Keadaan kesihatannya semakin merosot dan telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi,Hospital Kuala Lumpur (HKL).