Pegawai kanan bergelar Datuk ditahan SPRM

Iklan
sprm2

KUANTAN - Seorang pegawai kanan agensi kerajaan berpangkat Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan peruntukkan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.

Suspek difahamkan ditahan di sini hari ini dan penahanannya disahkan Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin.

Iklan
Iklan

Penahanan suspek itu lanjutan siasatan SPRM Pahang berhubung kes tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai menyalah guna kuasa bagi mendapatkan peruntukan koperasi berjumlah RM5,000.

Iklan
Iklan

Wang peruntukkan tersebut bagi penganjuran satu seminar di sebuah universiti pada 18 Oktober 2016 sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan.