JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan tiga lagi calon mereka yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Fikri Musa, 28, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja, R Sangaran di DUN Machap manakala Rasid Abu Bakar, 28, di DUN Larkin.