Gas Malaysia kekalkan tarif pengedaran pada RM1.715 GJ sehari

Iklan
Gas Malaysia Bhd mengumumkan tarif pengedaran bagi Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd di Semenanjung Malaysia kekal pada RM1.715 setiap Gigajoules (GJ) sehari.

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd mengumumkan tarif pengedaran bagi Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD) di Semenanjung Malaysia kekal pada RM1.715 setiap Gigajoules (GJ) sehari.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Gas Malaysia berkata, di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif, tarif pengedaran semasa akan dikekalkan bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, Tarif Pengedaran GMD bagi semua jenis penggunaan adalah RM1.715/GJ/sehari bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022,” katanya.

Bagaimanapun, Gas Malaysia berkata, kelulusan tarif itu tidak terpakai kepada penjualan gas petroleum cecair yang dibekalkan dalam silinder gas atau bekalan secara pukal.

Iklan

Ia berkata, pelaksanaan tarif pengedaran akan terus memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. - Bernama

Iklan