AMPANG - Berang kerana kunci mangga bilik sewa telah ditukar kerana tidak membayar sewa bulanan sebanyak RM600, seorang pengawal keselamatan bertindak memukul seorang pengutip hutang di sebuah pejabat di Pandan Indah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun telah menerima panggilan daripada kerani yang memaklumkan bahawa suspek telah datang ke pejabat dalam keadaan mengamuk.