Krisis Ukraine-Rusia: PM perlu perjelas pendirian Malaysia

Iklan
Anwar berkata, beliau secara peribadi berdiri bersama seluruh masyarakat antarabangsa dalam mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa supaya menyatakan pendirian Malaysia berhubung 'pencerobohan' Rusia ke atas Ukraine yang mengundang kebimbangan seluruh masyarakat dunia ketika ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau secara peribadi berdiri bersama seluruh masyarakat antarabangsa dalam mengutuk pencerobohan tersebut.

Iklan
Iklan

Tegasnya, konflik ketenteraan yang berlaku ketika ini tidak membawa faeah kepada mana-mana pihak, sebaliknya mendatangkan lebih banyak kesan buruk.

"Tindakan ketenteraan ini akan membawa kepada kehilangan nyawa yang tidak bersalah secara tragis, ketidakstabilan serantau dan selanjutnya menambah gangguan kepada ekonomi yang dialami ketika pandemik Covid-19 ini.

Iklan

"Tiada sesiapa yang boleh berarak ke negara lain, bersenjata dan meminta kepada keamanan. Ini bukanlah cara hubungan antarabangsa berasaskan peraturan berfungsi.

"Saya menyeru agar serangan segera dihentikan dan usaha diplomatik yang diperbaharui merentasi semua saluran dan jalan untuk mendapatkan kembali keamanan," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Pada pagi Khamis, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine.

Media antarabangsa melaporkan Putin telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, menyifatkan ia sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ dan bukan bertujuan menduduki negara itu.