Boleh susukan anak di mana-mana tapi jagalah adab, aurat

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf

BARU-baru ini kecoh diperkatakan mengenai kisah usahawan sensasi yang memuat naik tindakannya menyusukan anak di sebuah restoran.

Bukanlah tidak boleh menyusukan anak di tempat awam, malah memang digalakkan memberikan anak dengan susu ibu berbanding susu formula tetapi biarlah dengan cara yang betul.

Iklan
Iklan

Sebagai orang Islam, ada adab dan etika perlu dihormati. Merak Jalanan dah agak, video usahawan berkenaan ‘yang sangat open’ itu mengundang kecaman.

Setahu Merak Jalanan, fasiliti untuk menyusukan anak ada disediakan di tempat-tempat tertentu bagi menjaga privasi golongan ibu.

Iklan

Tapi jika tiada sekali pun, jangan bimbang. Boleh sahaja menyusukan anak di mana-mana kerana kini di pasaran, banyak dijual variasi 'nursing cover' untuk memudahkan ibu menyusukan bayi dengan yakin.

Kita pun faham dengan kerenah bayi. Memang tak boleh dijangka. Kalau sudah melalak mahukan susu, memang tak ada kompromi. Ibu kena siap sedia.

Iklan

Menyusukan bayi di tempat awam sudah menjadi normal, yang penting adalah aurat ibu perlu dijaga dan jika ada tempat tertutup, itu pilihan lebih baik.

Tapi Merak Jalanan nak ingatkan juga kepada golongan lelaki kerana ada segelintirnya masih mempunyai persepsi negatif.

Tidak perlulah iman ‘goyah’ hanya kerana melihat seorang ibu menyusukan anaknya di tempat awam.

Susu ibu mempunyai zat-zat penting untuk perkembangan bayi. Ibu harus berbangga kerana memilih memberikan khasiat terbaik untuk bayi.

Ia adalah satu anugerah diberikan ALLAH SWT untuk seorang wanita bergelar ibu.

Jadi, janganlah ragu-ragu. Menyusukan bayi di tempat awam tidak salah di sisi undang-undang. Tapi ingat, jangan pula berlebih-lebihan seperti 'selfie', merakam dan menyebarkan gambar sedang menyusukan anak di laman sosial sehingga menampakkan apa yang tidak perlu.

Bukankah ia hanya akan mendatangkan fitnah dan perhatian tidak sepatutnya?