Krisis Rusia-Ukraine: UEFA kutuk serangan Rusia

Iklan
UEFA mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ketenteraan Rusia yang berterusan di Ukraine. - Foto Reuters

PERSEKUTUAN Bolasepak Eropah (UEFA) mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan ketenteraan Rusia yang berterusan di Ukraine.

UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan, sebagai sebuah badan induk bola sepak Eropah, UEFA berusaha untuk membangunkan dan mempromosikan bola sepak berdasarkan nilai-nilai murni diterapkan di Eropah seperti keamanan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.

Iklan
Iklan

Pihaknya tetap tegas dalam bersolidariti dengan komuniti bola sepak Ukraine dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Ukraine.

UEFA turut menegaskan pihaknya sedang menangani situasi tersebut dengan serius dan secara mendesak.

Iklan
Iklan

Keputusan lanjut akan dilakukan oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Awani