Mayat nelayan hilang empat hari lalu ditemui

Iklan
Mayat mangsa ditemui terdampar di pesisir pantai oleh penduduk kampung.

ROMPIN - Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut ketika menangkap ikan di perairan 6.8 batu nautika dari Kuala Rompin, empat hari lalu ditemui terdampar di pesisir pantai Endau Rompin pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Sahidi Sahdin, 41, dan mayat ditemui penduduk kampung kira-kira 11 batu nautika dari lokasi dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima makluman penemuan mayat tersebut pada jam 11.30 pagi dan identiti mangsa disahkan isterinya berdasarkan pusat dan kuku kaki.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan selepas pihak Maritim Malaysia menerima aduan berkenaan kejadian.

Iklan

"Kami menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan operasi SAR ditamatkan jam 4.45 petang,” katanya.

Zulkarnain berkata, komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan semasa cuaca setiap kali turun ke laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan